Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Amerika Syarikat
Pemerintah (atau kerajaan) persekutuan Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: Federal government of the United States) ialah entiti pemerintahan pusat yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Amerika Syarikat, yang berkongsi kedaulatan ke atas Amerika Syarikat dengan pemerintah-pemerintah negeri dalam negara tersebut. Kerajaan persekutuan mempunyai tiga cabang: legislatif, eksekutif dan kehakiman. Melalui sistem pemisahan kuasa dan sistem "semak dan imbang," setiap cabang ini mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri, beberapa kuasa untuk mengawalselia dua lagi cabang, dan mempunyai kuasa dikawalselia oleh dua lagi cabang. Dasar pemerintah persekutuan mempunyai kesan luas ke atas kedua-dua hal-ehwal domestik dan luar Amerika Syarikat. Selain itu, kuasa pemerintah persekutuan secara keseluruhannya dibataskan oleh Perlembagaan, yang mengikut Pindaan Kesepuluh, menyatakan kuasa lain yang tidak diberikan secara tersurat kepada pemerintah persekutuan adalah diperuntukkan bagi negeri atau rakyat.Pusat bagi pemerintah persekutuan adalah di daerah persekutuan Washington, D.C.